Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:
- Bagi Penggunaan DD:
Katakan anak anda menggunakan 6 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (purata standard),
Penggunaan dalam sehari : RM0.60 X 6 pcs = RM3.60
Penggunaan dalam setahun: RM3.60 X 365 hari= RM1314
Penggunaan selama 3 tahun: RM1314 X 3 tahun = RM3942
Penggunaan DD memerlukan kos berterusan. Jadi, papa & mama perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........
- Bagi penggunaan lampin kain moden/cloth diaper (CD):
Mama & papa sekalian perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 keping CD jika bekerja dan mencucinya setiap hari. Jika mempunyai lebih CD (dalam 20-30 keping), anda tidak perlulah membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.
Katakan kos sekeping CD = RM39
Beli 12 helai: 12 X RM 39 = RM468
Beli 24 helai: 24 X RM39 = RM936
(lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)
Dengan PELABURAN SEKALI SAHAJA sebanyak RM936.00 anda boleh menggunakan cloth diapers ini sepanjang tempoh anak anda memakai lampin (selama 2 ke 3 tahun) dan kemudian digunakan untuk anak anda yang berikutnya.
Kos Penjimatan Menggunakan CD:
RM3942 (DD) - RM936 (CD) = RM3006
Anda jimat RM3006 dengan menggunakan CD b'banding DD !
0 comments:
Post a Comment